Saturday, 18 April 2015
WAN AZIZAH TERKEDU, PAS PUSAT BOIKOT PRK PERMATANG PAUH
Jika sebelum ini, memang sudah dinyatakan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan puak - puak PKR bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan diadakan tak lama lagi.
Walaubagaimana pun, perkara itu tetap juga dinafikan oleh Si Wan Azizah biarpun dia tau mengenai perkara tersebut. Dia masih tetap juga nak menutup kemaluan diri dia sendiri sebelum ini.
Macam - macam alasan yang Si Wan Azizah tu berikan. Namun ianya tidak mampu untuk menjustifikasikan keadaan Politik diantara PAS dan juga PKR. Jadi, buat apa dia nak mengabihkan masa?
Hakikatnya, PAS anggap PKR sebagai sebuah parti sekutu yang membelakangi kepimpinan parti. PAS tetap anggap PKR menghina kedudukan Hadi Awang sebagai Presiden parti mereka.
Nak pulak dalam isu mengenai perlaksanaan Hukum Hudud dan juga perlaksanaan agenda 'Langkah Kajang'. PAS melihat, PKR bertindak biadap terhadap Si Hadi Awang secara terbuka.
Jadi, tak heran la jika PAS enggan memberikan kerjasama kepada PKR bagi 'meraikan proses demokrasi' di Permatang Pauh kerana mereka anggap diri mereka terlalu terhina bagi PKR.
Mungkin sebab itulah Si Wan Azizah tu sendiri pun terkedu apabila ditanya oleh wartawan mengenai sokongan PAS Pusat terhadap PKR yang nak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh tu nanti.
Sudah pasti Si Wan Azizah tu pun tak mampu nak memberikan sebarang pandangan kerana dia sendiri pun menyedari hakikat tersebut. Seterusnya membuktikan yang Si Wan Azizah tu TAK LAYAK untuk jadi pemimpin.
Kesimpulannya, PKR tak perlu nak rasa yang diri mereka lebih besar dari orang lain. Tak guna diorang sibuk nak menabur fitnah terhadap Kerajaan Barisan Nasional sedangkan dikalangan mereka sendiri pun masih lagi tak mampu nak laksanakan urustadbir dengan baik!!!
SUMBER http://semuthitam80.blogspot.com/2015/04/wan-azizah-terkedu-pas-pusat-boikot.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=facebook
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment