Kisah bagaimana dia datang ke Pulau Kapas sehingga menetap disitu masih menjadi misteri. dan mat dan juga telah Islam pada awal tahun ini. Mat Dang Semasa admin membuat pengambaran di Pulau Kapas baru-baru ini dan berbual dengan para pelancong yang ada di sekitar Pulau Kapas dan antaranya Mat Dan. Kami begitu teruja dengan kepetahan beliau bercakap dalam bahasa loghat Terengganu dan bermulalah temubual yang panjang dengan beliau. Beliau sorang yang peramah dan mudah mesra dengan pelancong asing dan juga pelancong tempatan menceritakan bagaimana beliau mampu menguasai loghat Terengganu dengan baik iaitu dengan mendengar setiap perkataan dan bergaul bersama penduduk setempat serta bersungguh-sungguh untuk mempelajari bahasa pantai timur itu.
“Saya pada mulanya agak susah untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan dan mengambil keputusan untuk belajar bahasa Terengganu supaya memudahkan saya berhubung dengan orang ramai”, katanya.
“Setelah mencuba dan terus mencuba akhirnya selepas 3 tahun saya mampu bertutur loghat Terengganu dengan baik” tambahnya.
Mat Dan menunggang motor di Terengganu jadi perhatian orang ramai. Beliau sempat bergurau mahu mencari calon isteri dalam kalangan orang Terengganu sendiri. Kisah menarik seorang lelaki berbangsa Inggeris yang begitu fasih berbahasa Melayu loghat Terengganu pernah menjadi viral di internet beberapa tahun lepas. Dikenali dengan gelaran Mat Dan dalam kalangan penduduk pulau-pulau di sekitar Terengganu atau nama sebenar Daniel Tyler menjadi Pulau Kapas sebagai destinasi percutian kali ini sebenarnya sudah 6 tahun menjelajah pulau di seluruh Terenggan “Saya masih solo dan andai dijodohkan dengan orang Terengganu, saya terima sahaja kerana saya pun masih dalam proses mencari calon” katanya dengan nada ceria.
Kuasa allah ,di sebabkan budi bahasa rakyat teganu mat salleh ni masuk islam, bangge ambe jadi rakyat negeri ganu...
Posted by Hos Getah II on Monday, 20 April 2015
No comments:
Post a Comment