BUTTERWORTH : Akibat kecewa dengan kegagalan Pakatan Rakyat (PKR) membela nasib mereka, lebih 300 orang anggota dan penyokong parti itu menyatakan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN).
Mereka turut menyerahkana borang keanggotaan Malaysian Indian Untited Party (MIUP), sebuah parti mesra BN kepada Presidennya, Datuk Seri S. Nalakaruppan.
Menurut bekas anggota jawatankuasa PKR Taman Siakap, S. Muniswaran,33, berkata tiada apa yang boleh dibanggakan terhadap sumbangan parti itu kepada penduduk taman itu terutama masyarakat India.
Selama dia menjadi anggota PKR, pelbagai bantuan yang dipohon tidak pernah diperoleh.
“Masa minta undi (pilihan raya) mereka datang, lepas tu dah tak nampak muka lagi,” katanya.
S. Saroja, 42, berkata hanya 100 orang sahaja yang mendapat manfaat malah masih ramai yang terpinggir. Jelasnya keadaan semakin teruk sejak dua tahun lalu.
Bagi R. Selvakumar, 48, beliau sudah banyak kali meminta bantuan untuk aktiviti dan kebajikan taman itu daripada pemimpin-pemimpin PKR termasuk wakil rakyat kawasan itu tetapi tiada respons yang diberikan.
“Banyak perkara yang perlu diberikan perhatian seperti masalah kebajikan, ibu tunggal, orang muda tiada pekerjaan, tidak dapat menyambung pelajaran, kalau dapat sambung pelajaran ada masalah kewangan pula,” katanya.
Mungkin itu adalah isyarat bahawa para penyokong muak dengan janji palsu yang tidak pernah ditunaikan.
No comments:
Post a Comment