Saturday, 25 April 2015

Isteri ‘hadiahkan’ suami tubuh sepupu


Beluran – Seorang wanita sanggup menjadikan sepupunya yang berusia 31 tahun sebagai hadiah perpisahan untuk suaminya dengan alasan lelaki itu ke Semenanjung untuk bekerja serta mendakwa sudah lama mengidam tubuh sepupunya itu.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari di perkampungan air di pekan Beluran, di sini, Isnin lalu, wanita berusia 46 tahun itu dikatakan memanggil mangsa yang kebetulan melintasi rumahnya untuk ke kedai berhampiran.
Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa, bertemu wanita itu dan dia dipelawa masuk serta dibawa ke dalam bilik bertemu suaminya.
“Ketika berada dalam bilik, lelaki berusia 36 tahun itu memeluk mangsa sebelum mengheretnya ke katil.
“Mangsa meronta untuk melepaskan diri namun gagal sebelum suspek menanggalkan pakaian wanita berkenaan dan merogolnya,” katanya.
Menurutnya, isteri suspek yang turut berada dalam bilik, hanya memerhatikan perbuatan keji suaminya terhadap sepupunya.
“Selepas selesai, isteri suspek menemui wanita itu dan berkata ‘Kasi (bagi) rasalah abangmu, nanti kempunan dia mau (mahu) ke Semenanjung.’
“Mangsa dibawa ke tandas untuk membersihkan diri sebelum diarah pulang,” katanya.
Sumber berkata, mangsa menceritakan kejadian itu kepada kakaknya sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.
Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan V Sivanathan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan itu dan pasangan suami isteri terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.
“Siasatan juga mendapati hanya mangsa dan pasangan suami isteri itu berada di rumah kerana anak mereka bersekolah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sivanathan berkata, mangsa masih bujang dan mendakwa tidak pernah melakukan hubungan seks sebelum ini.
“Susulan maklumat diterima, polis melancarkan gerakan memburu kedua-dua suspek dan mereka ditahan jam 12.20 tengah hari semalam manakala mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent, untuk pemeriksaan,” katanya, lapor Harian Metro.

No comments:

Post a Comment