Sunday 26 April 2015

PKR mahu Anwar dibenar mengundi di Permatang Pauh


PERMATANG PAUH -Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dan balik mengundi untuk PRK Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyambut baik saranan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berbincang dengan pelbagai pihak seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan penghuni penjara menunaikan hak mereka sebagai pengundi.

Beliau berkata, Akta Penjara 1965 memperuntukkan kuasa untuk membenarkan mana-mana penghuni penjara untuk hadir majlis pengebumian tertakluk bawah kuasa pengarah penjara dan KDN.

“Sejajar dengan penyataan dan syor Suhakam adalah berdasarkan prinsip hak asasi manusia seperti yang termaktub dalam Artikel 21 Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang menyatakan hak seseorang untuk memilih perwakilan dan mengambil bahagian dalam pemerintahan negara.

“Di Malaysia, hak warganegara untuk mengundi ahli dewan rakyat atau Adun dalam sebarang pilihan raya adalah dijamin dalam Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang media di pusat media PKR di Yayasan Aman, di sini, semalam.

Katanya, KDN wajar mewujudkan mekanisme yang boleh diguna pakai bagi membolehkan penghuni penjara mengundi pada pilihan raya.


Tag : keputusan tak rasmi prk Permatang Pauh , Keputusan Rasmi prk Permatang Pauh
keputusan rasmi prk rompin keputusan tak rasmi prk rompin , prk rompinprk permatang pauh
keputusan terkini prk rompin , keputusan terkini prk permatang pauh

No comments:

Post a Comment