Tuesday 31 March 2015

Guru didakwa lakukan seks dengan 3 pelajar


UNITED KINGDOM – Seorang bekas guru Utah, telah didakwa  atas 14 tuduhan jenayah, termasuk rogol, liwat, dan penderaan seksual.

Menurut laporan The Daily Mail, mahkamah memutuskan 3 kes berasingan bagi bekas guru tersebut kerana mengadakan hubungan seksual dengan 3 pelajar bawah umur.
Petuduh, Brianne Altice, 35, pernah mengajar subjek bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Davis di Kaysville pada tahun lepas.
Salah seorang pelajar, kini 18 tahun telah memberi keterangan ketika pendengaran mahkamah pada Khamis  lalu bahawa dia mempunyai hubungan seks dengan Altice sebelum dan selepas guru itu ditangkap pada bulan Oktober 2013 atas tuduhan mengadakan hubungan seks dengan pelajar lain.
Dia juga mendedahkan bahawa telah menganggap Altice sebagai teman wanita selepas hubungan seksual yang turut melibatkan seks oral berlanjutan selama satu tahun.
Pihak berkuasa juga turut memberitahu, Altice telah menghantar sebuah mesej teks yang berunsur lucah kepada remaja tersebut dimana gambar buah dadanya  telah dirakam dalam teks itu pada bulan Jun tahun lepas.
Dalam pada itu, Altice yang telah dipecat daripada kerja tahun lepas jika disabit bersalah boleh menghadapi hukuman penjara seumur hidup.
Walaubagaimanapun, jaminan keluar Altice juga telah dibatalkan oleh hakim apabila mendengar keterangan daripada seorang lagi remaja lain yang mendakwa telah terlibat dalam hubungan seksual dengan Altice sebelum dan selepas dia dituduh.

No comments:

Post a Comment