Ketuanya, Suhaizan Kaiat bagaimanapun menyifatkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai isu paling besar sepanjang kempen pilihan raya kawasan itu.
"Adalah masalah sikit tapi tidak besar dan tidak ganggu jentera berkempen untuk PKR.
"Saya ingat isu GST lebih besar sebab kita telah dijelaskan (isu hudud) pada pertemuan lalu dengan pimpinan DAP, PKR dan pimpinan Pas kawasan sendiri," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas perbalahan Pemuda Pas Pulau Pinang yang bertindak menutup bilik gerakan parti itu dan enggan membantu berkempen memenangkan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada PRK Permatang Pauh.
PKR menamakan Wan Azizah sebagai calonnya pada PRK Permatang Pauh bagi mempertahankan kerusi yang dikosongkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Persekutuan mendapati beliau bersalah dalam kes liwat II dengan hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, pada 10 Februari lalu.
Kemelut antara parti dalam PR berhubung isu hudud dalam kempen PRK Parlimen Permatang Pauh dijangka meninggalkan kesan mendalam dalam usaha parti pembangkang itu meraih sokongan pengundi Melayu.
Perbalahan itu yang berlarutan sejak Pas membawa Rang Undang-undang (RUU) Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah ke persidangan Dewan Rakyat memberi ruang kepada BN untuk menambah majoriti undi pada pilihan raya kawasan itu.
Ketika ditanya mengenai peluang PKR untuk mempertahankan kerusi yang diwarisi Anwar itu atas faktor undi simpati, Suhaizan bagaimanapun tidak menolak kebarangkalian tersebut.
"Ya masih ada (undi simpati), insya-ALLAH boleh menang lagi, tapi kena terus bekerja seperti biasa.
"Masyarakat kawasan itu sudah terlalu banyak kali berdepan dengan pilihan raya, dan sudah ada keputusan sebenarnya dalam minda mereka untuk berdepan dengan PRK kali ini," ujarnya.
Sementara itu, Suhaizan juga berkata meskipun Pemuda Pas Pulau Pinang sudah menutup semua bilik gerakan parti itu di kawasan itu, namun jentera Pas dari negeri lain beroperasi seperti biasa.
"Bilik gerakan lain memang tiada, bilik gerakan Pas sekarang ialah markas operasi di Pejabat Adun Permatang Pasir di Permatang Binjai.
"Kawasan itu tidak besar, kecil saja kawasan itu. Ya selainnya program bersama, kalau diperlukan kita akan turun (kempen di kawasan lain)," katanya lagi.
ADMIN-Hudud hanyalah permainan politik rekaan pas, jika betul nak laksanakan hudud kenapa SI Suhaizan NI KATA Isu GST lebih besar berbanding hudud ?? HUDUD adalah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah swt, SEDANGKAN GST TU hanya lah ciptaan manusia hanya di dunia, manakala hudud adalah berkaitan dengan agama islam.. mana lebih penting hukum hudud atau gst ?? tak kira la di mana ,PRK Atau pilihanraya umum jika betul betul pas mempejuangkan hukum hudud kenyataan seperti itu TIDAK SEPATUTNYA di keluarkan oleh orang kuat dalam PAS sebab dasar perjuangan pas adalah untuk menegakkan hukum hudud.. NYATA DI SINI HUDUD HANYA PERMAINAN POLITIK PAS !!
No comments:
Post a Comment