Saturday 28 March 2015

Pembantu juruterbang sembunyikan cuti sakit


Jerman – Pembantu juruterbang yang didakwa sengaja menjunamkan pesawat Germangwings penerbangan 4U 9525 ke pergunungan Alps Perancis, menyembunyikan surat cuti sakit yang diberikan doktor pada hari kejadian, kata penyiasat Jerman.



Siasatan di rumah Andreas Lubitz, 28, menemui beberapa dokumen perubatan yang mengesahkan penyakit dialami dan rawatan yang dijalani dengan doktor serta surat cuti sakit yang sudah digumpal termasuk yang dikeluarkan pada hari nahas (Selasa), kata pasukan penyiasat.
Keadaan itu mengesahkan apa yang disyaki selama ini, Lubitz yang dikatakan menghidap kemurungan teruk, menyembunyikan penyakit itu daripada majikan dan rakan-rakan, kata jurucakap pasukan penyiasat dalam satu kenyataan pada Jumaat.

No comments:

Post a Comment