Tuesday, 31 March 2015
Anwar tidak dapat dokumen Parlimen
SUNGAI BULOH - Ahli Parlimen PR mempertikai kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat dokumen persidangan Parlimen sehingga hari ini. Ahli Parlimen Bukit Katil,
Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, selaku ketua pembangkang, Anwar berhak mendapatkannya. "Saya akan jumpa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia petang untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini.
"Pengarah Penjara (Sungai Buloh, Narender Singh) kata mereka tidak ada masalah untuk memberikannya," katanya selepas bertemu dengan Narender hari ini.
Beliau berkata demikian ketika bersama beberapa Ahli Parlimen PR, cuba melawat Ahli Parlimen Permatang Pauh yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya, hari ini di Penjara Sungai Buloh.
Antara yang turut bersama Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail; Ahli Parlimen Lumut, Mohamad Imran Abd Hamid dan Ahli Parlimen Sepang, Hanifah Maidin.
Dalam masa sama, Shamsul Iskandar turut menyelar tindakan pemantauan yang dilakukan penjara sehingga membataskan hak Anwar.
"Kami difahamkan dia dipasang CCTV (kamera litar tertutup) dan dilawati pegawai penjara antara 15-20 minit.
"Kita minta kurangkan kawalan kerana membuatkan pergerakan terbantut," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment