Saturday 10 May 2014

Hudud Teresa Kok bongkar muslihat PAS



Dulu bila pemimpin UMNO menyatakan isu perlaksanaan hukum hudud yang digembar-gembur oleh pemimpin PAS sebenarnya hanyalah alat dan umpan politik untuk meraih undi orang Melayu Islam demi kepentingan PAS dalam pilihan raya, bukan main marah lagi penyokong-penyokongnya.



Pantang betul mereka bila kita kata pemimpin PAS peralatkan hudud untuk kepentingan politik kepartian. Dihamburnya segala kata nista dan tuduhan melulu konon UMNO anti Islam, tolak hukum Allah, kafir dan macam-macam lagi yang sepatutnya tak diucap oleh penyokong parti berlabel Islam.

Reaksi keras tak berpedoman itu satu kebiasaan dari kalangan penyokong PAS dek kerana terlalu taksub dan yakin isu perlaksanaan hudud adalah satu perjuangan ikhlas datang dari ketulusan hati pemimpin PAS demi kerana nak menegakkan hukum Allah SWT di muka bumi Malaysia. Kononnya begitulah.

Kini bila mana UMNO mengambil pendirian untuk memberi ruang kepada pemimpin PAS membuktikan kesungguhan dan keikhlasan mereka dalam isu perlaksanaan hudud dengan membawa usul mengenainya ke Parlimen, terus tunggang terbalik sebahagian pimpinan dan penyokong PAS bersilat lidah untuk mengelak.

Di masa yang sama mana-mana pemimpin PAS yang berasa hebat dan pandai bermain silap mata cuba-cuba nasib mahu menyahut cabaran dek kerana takut tembelang pecah, alang-alang mandi biar basah kata mereka. Untung batu tenggelam untung sabut timbul, itulah harapan yang terbuku di hati mereka agaknya.

Tapi belum pun sempat usul hudud dibentangkan di Parlimen, tak semena-mena Allah SWT campak satu petunjuk buat renungan umat Islam apabila Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok membongkar muslihat PAS membangkitkan isu perlaksanaan hudud sebenarnya memang bermotifkan politik kepartian.

Kata Teresa, PAS terpaksa ambil inisiatif melaksanakan hudud bagi nak mengelakkan parti itu dari kehilangan sokongan orang Melayu Islam. Tambahnya lagi, PAS perlu sahut cabaran UMNO demi kepentingan politik PAS.

“Pemimpin PAS memberitahu kami kesukaran mereka dalam berdepan masyarakat kampung Melayu kerana Umno menguar-uarkan dakwaan mereka dikawal DAP.

“Mereka kata tidak boleh berdiam diri setelah menerima cabaran yang diberikan oleh Umno dalam isu hudud. Jika tidak respon dalam keadaan ini, lebih banyak sokongan Melayu akan hilang,” demikian penjelasan pemimpn DAP itu sebagaimana disiarkan oleh portal online Malaysiakini.

Pendedahan oleh Teresa Kok itu memang cukup menarik dan ia adalah bukti nyata yang mengesahkan kewujudan muslihat jahat PAS dalam memperalatkan isu hudud untuk tujuan politik. Persoalannya siapakah pemimpin PAS yang membuat pengakuan tersebut? Tentu ramai yang ingin tahu.

Apapun dengan terbongkarnya niat sebenar PAS itu secara tidak langsung membenarkan dakwaan UMNO selama ini bahawa PAS sengaja memperalatkan isu hudud untuk menarik perhatian pengundi Melayu Islam dan bukannya kerana takut kepada Allah SWT apatah lagi demi nak menjaga martabat Islam.

SUMBER > http://pilihan-anda.blogspot.com/2014/04/hudud-teresa-kok-bongkar-muslihat-pas.html

No comments:

Post a Comment