Sunday, 27 April 2014

DAP cabar PAS kemuka bukti


Kuala Lumpur: DAP mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengemukakan bukti bahawa mereka bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.



Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, berkata persetujuan dalam perkara itu tidak pernah diberikan, sama ada sebelum atau selepas pembentukan pakatan pembangkang pada 2008.
Terkejut tindakan Hadi

Sambil melahirkan rasa terkejut dengan dakwaan itu, beliau berkata, Hadi perlu mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataan bahawa Majlis Presiden Pakatan Rakyat bersetuju dengan tindakan parti terbabit.

“Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh, juga tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud kerana tidak mengikut Perlembagaan,” katanya menerusi Facebooknya, semalam.
--Bharian

No comments:

Post a Comment