Monday, 31 March 2014

Kata Anwar - bertanding presiden PKR bukan untuk menghalang Azmin Ali dalam persaingan jawatan


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakannya bertanding presiden PKR bukan untuk menghalang Azmin Ali dalam persaingan jawatan itu.
Menurutnya, desas desus itu hanyalah permainan politik pihak tertentu terutama Umno.
“Buat apa nak layan Umno punya teori. Jangan layan teori Umno,” katanya selepas menyampaikan ceramah sempena Jelajah Reformasi 2.0 di Kompleks Pas Pokok Sena, malam kelmarin.

Komentar SYA
1. Perjuangan kamu di dalam UMNO adalah lebih lama berbanding perjuangan anda di dalam PKR . Lebih daripada 17 tahun anda berada di UMNO. Sehingga anda ke kubur sekalipun anda tidak dapat memadamkan asal usul anda.
2. Apa kaitan UMNO dengan krisis dalaman PKR sendiri ? Adakah UMNO memaksa anda merebut jawatan Presiden untuk berdepan dengan isteri anda sendiri ? Adakah UMNO memaksa Malaysiakini ( portal pro pembangkang ) untuk melaporkan teori ini ? ADAKAH Malaysiakini milik UMNO?
3. Adakah UMNO memaksa pembantu Azmin Ali sendiri menimbulkan teori tersebut kepada UMNO ?
4. Sekirannya Azmin Ali yang sudah berjuang bersama di sisi kamu selama berpuluh - puluh tahun juga telah diperbodohkan dan dipermainkan oleh anda maka anda masih mengharapkan Rakyat Malaysia untuk mempercayai fitnah dan tohmahan anda ? Jika masih ada rakyat sebegini maka saya hanya boleh mengatakan saya "SPEECHLESS " kerana jika ahli PKR juga mempercayai teori ini dan kini sebar meluas dalam kalangan anggota parti dan yang bukan ahli PKR itu pula hendak sibuk percaya bahawa teori ini adalah idea UMNO.
5. Semua perkara sahaja dikaitkan dengan UMNO. Jika yang tidak tahu akan ingat UMNO ini begitu banyak masalah. Adakah kita pernah terfikir bahawa sekirannya segala - galanya yang berlaku adalah berada dalam penguasaan UMNO maka bukankah in other way UMNO is that GREAT ?
6. Teori - teori seperti MH 370 UMNO yang hilangkan ? Raja bomoh adalah atas jemputan UMNO ? Hakim memutuskan kesalahan liwat Anwar adalah kerja UMNO dan seolah - olah UMNO begitu hebat sehingga mampu mencuri SPERMA DNA Anwar yang hanya mampu dihasilkan oleh organ Anwar sendiri . UMNO begitu hebat sehingga mampu bomoh Anwar untuk menentang isterinya sendiri dalam pemilihan PKR. UMNO begitu hebat untuk memaksa Anwar meliwat Saiful ? UMNO begitu berkuasa sehingga dapat menukar citarasa dan nafsu luar biasa Anwar Ibrahim ?
7. Segala - galanya yang UMNO buat adalah tidak baik dan segala - galanya yang dikatakan oleh Anwar sendiri adalah kebenarannya. UMNO sahaja yang selalu tidak betul dan Anwar sahaja selalu yang betul. Apakah logiknya teori sebegini ?
8. Kita jangan lupa ketika Anwar Ibrahim sendiri berada di dalam UMNO beliau sendiri yang mengatakan PAS dan DAP itu tiada otak. Apabila ditolak kepimpinan oleh orang UMNO sendiri maka secara tiba - tiba DAP dan PAS digambarkan seolah - olah seperti malaitkat. DAP Karpal Singh dan PAS Muhammad Sabu yang merupakan orang pertama yang mencetuskan teori nafsu luar biasa dan skandal Anwar pula pada hari ini bertukar teori menjadi konpirasi UMNO ?
9. Jika Anwar berkelakuan sedemikian saya boleh fahama because that is Anwar tetapi rakyat jelata yang diberikan akal untuk berfikir masih lagi hendak terus menipu naluri diri sendiri ? Ketabsuban merupakan sesuatu yang dilarang oleh mana - mana agama di dunia ini. Ada kalanya pelambangan seperti Anwar itu lebih disembah daripada apa yang sepatutnya kita sembah ( metafora ).
10. Ketika Anwar masih seorang pelajar maka beliau mula menentang UMNO dengan perjuangan Islam bersama dengan PAS. Ketika Anwar berada dalam UMNO maka perjuangan agama Islam oleh PAS diserang oleh beliau . Beliau merupakan antara bekas pemimpin UMNO yang paling lantang menentang perjuangan bukan Melayu dan DAP . Setelah ditolak oleh UMNO maka secara tiba - tiba cuba mendekati perjuangan bukan Melayu dan sebarisan dengan DAP yang pernah diludah ( pelambangan ) oleh beliau sendiri.
11. Dahulu ketika berada dalam UMNO beliau memberi banyak masalah kepada pendidikan Cina. Kini pula tiba - tiba menyokong perjuangan Dong Zong. Ketika menjadi Malaysia No 2 masyarakat India tidak pernah dibantu olehnya dan demi mendapat kuasa dan setelah ditolak UMNO maka beliau bertindak menyokong perjuangan HINDRAF. Selepas Pakatan Rakyat menang 4 buah engeri pasca 2008 dan HINDRAF tidak lagi dilayan olehnya.
12. Sampai bila kita hendak menjual maruah dan roh kita kepada Anwar ? Sampai bila kita hendak terus mempercayainya kata - katanya ? Sampai bila kita hendak memaksa diri kita daripada mula berfikiran rasional ? Kita perlu ingat bahawa MALAYSIA is bigger than 1 Anwar dan dia hanya seorang daripada 28 juta individu di negara kita. Sampai bila tiap - tiap hari kita hendak membazir masa kita when it is all about ANWAR ?
Apakah laporan Malaysiakini ?
Seorang pembantu rapat Azmin memberitahu Malaysiakini bahawa ahli Parlimen Gombak itu tidak menyokong Wan Azizah kekal sebagai presiden parti tetapi sentiasa menyokong Anwar untuk mengisi jawatan itu.
Bagaimanapun, rancangan itu tidak menjadi apabila Anwar disabitkan dengan tuduhan liwat.
Jika Anwar bertanding jawatan presiden, ia membuatkan Azmin berasa bersalah untuk bertanding jawatan tersebut.
"Azmin tak mahu lawan Anwar kerana selepas puluhan tahun kesetiaan, habislah," kata pembantunya itu.
Bagaimanapun, apa yang membimbangkan kem penyokong Azmin ialah sekiranya Anwar menarik diri (memandangkan kelayakannya diragui) bagi membuka jalan kepada Wan Azizah kekal sebagai presiden jika Azmin memutuskan untuk tidak berbuat demikian.
"Macam ada rancangan nak sekat Azmin," katanya sambil menambah sekiranya Azmin bertanding (melawan Anwar), "beliau mesti kena tekanan untuk tarik diri".
By:Sya Shen Yee Aun

No comments:

Post a Comment