Malaysia akan memasuki era baru dalam pengurusan kewangan yang lebih baik dengan pelaksanaan GST. Malaysia merupakan negara ke 170 yang melaksanakan sistem cikai ini. hari ini, kita
akan melihat berakhirnya penipuan dan pengelakkan cukai samada oleh orang perseorangan atau pun badan korporat di Malaysia. hari ini juga akan menyaksikan pengurangan ketara dalam amalan penukaran harga oleh syarikat-syarikat besar sekali gus menyumbang kepada objektif mengurangkan pergerakan dana haram keluar masuk Malaysia. Mulai hari ini kita akan menyaksikan pengurangan pengambilan keuntungan berlebihan kerana ketelusan meletak harga.
Saya ingin mengakui usaha di Parlimen yang dibuat oleh Saudara Anwar Ibrahim yang merupakan bekas TPM dan Menteri Kewangan pada tahun 1992, yang telah memulakan semua ini. Jika tidak kerana usaha beliau dalam mengusulkan GST ke Parlimen, kita tidak akan berada dalam keadaan seperti sekarang.
Walaupun GST tidak diluluskan oleh Parlimen ketika itu, keberaniannya untuk memperkenal sesuatu yang baru di dunia pada masa itu sebagai satu cara untuk memperbaiki pengurusan fiskal perlulh dipuji. Saya mempunyai harapan tinggi supaya beliau boleh membawa kita ke arah pelaksanaan GST tetapi malangnya, beliau telah merosakkan kepimpinannya sendiri apabila didapati bersalah dalam kes rasuah dan liwat. Walau apa pun, keberanian dan sikap bertanggungjawabnya yang tinggi dalam melakukan apa yang diperlukan pada tahun 1992, kita sekarang berupaya memperkenal idea ini dan memperolehi sokongan terhadap pelaksanaannya selepas 23 tahun.
Usaha-usaha pemimpin lain selepas Saudara Anwar Ibrahim dalam tempoh ini perlu juga dipuji.
Perkara ini bukan sesuatu yang senang kerana ramai golongan peniaga yang terlepas daripada perbuatan merompak secara terang-terangan dengan tidak membayar cukai pendapatan kerana tidak wujudnya GST. Oleh itu mereka sekarang membelanjakan banyak wang untuk menentang pelaksanaan GST. Ramai orang telah ditipu untuk berjuang bagi pihak mereka untuk memastikan GST tidak dilaksanakan.
Ramai juga ahli politik yang bersama-sama menentang GST semata-mata kerana kepentingan politik. Kita sedang melihat satu kempen yang strategik untuk menghalang pelaksanaan GST. Kempen-kempen ini dibiayai dengan baik dan berjaya menuduh sistem ini sebagai tidak adil.
Saya berterima kasih kepada kerajaan yang tetap tegas dan berdisiplin dan tidak tunduk kepada tekanan golongan peniaga dan orang-orang kaya dalam perkara ini. Kerajaan harus dipuji kerana melakukan perkara yang betul.
sekarang Malaysia akan mempunyai GST, dan dengan itu kita akan menjadi satu bangsa dan rakyat yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment