Saturday 25 April 2015

Pemuda PAS Pulang Pinang tetap boikot jentera PKR Permatang Pauh


BUKIT MERTAJAM: Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah, kekal dengan pendirian untuk memboikot jentera PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang



Pauh. Ia susulan kegagalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang memenuhi desakan pihaknya untuk menarik balik kenyataan berhubung PAS dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta hudud. Mohd Yusni berkata, pihaknya tidak akan melakukan perubahan pendirian seperti dilakukan PAS Permatang Pauh. "Kami akan tetap boikot jentera PKR bagi PRK ini dan akan berjuang sehingga AMK Pulau Pinang memenuhi tuntutan kami," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan PAS Permatang Pauh yang membuat pusingan U dan kini kembali menyokong calon PKR selepas memberi kata dua kepada parti itu sebelum ini. Pusingan U itu mungkin berpunca daripada kompromi yang dicapai hasil pertemuan malam semalam antara Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan PAS Permatang Pauh.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/49700

Tag : keputusan tak rasmi prk Permatang Pauh , Keputusan Rasmi prk Permatang Pauh
keputusan rasmi prk rompin keputusan tak rasmi prk rompin , prk rompinprk permatang pauh
keputusan terkini prk rompin , keputusan terkini prk permatang pauh

No comments:

Post a Comment