Wednesday 1 April 2015

Bagaimana Cara untuk Menyemak Status GST?


Apabila GST dilaksanakan pada 1 April 2015, syarikat-syarikat yang berdaftar dengan pihak Kastam DiRaja Malaysia boleh mengenakan GST kepada pelanggan untuk barangan yang dijual atau perkhidmatan yang diberikan, selagi barangan atau perkhidmatan tersebut tidak berkadar sifar, dikecualikan atau diberikan pelepasan GST.


Sebagai pelanggan atau pengguna, kita boleh memastikan kita hanya membayar GST kepada syarikat yang berdaftar dan mempunyai kebenaran untuk mengenakan GST.

Bagaimana cara untuk menyemak status pendaftaran GST sesebuah syarikat?
Kita boleh melawat laman web Taxpayer Access Point (TAP) yang disediakan oleh Kastam DiRaja Malaysia di https://gst.customs.gov.my/TAP/
TAP page 1 EN
Untuk versi Bahasa Melayu, klik pada “Bahasa Melayu” di sebelah kanan:
Laman Web Taxpayer Access Point dalam Bahasa Melayu:
TAP page 1 BM
Klik pada “Carian Status GST” di sebelah bawah kanan untuk memulakan semakan.
Kita boleh menyemak status pendaftaran dengan memasukkan samada Nama Perniagaan, No. Pendaftaran Perniagaan atau No. GST.
Semak Menggunakan Nama Perniagaan
Klik pada butang “Nama Perniagaan” dan masukkan nama syarikat tersebut.
Kayu NK
Jika ada padanan, ini bermakna syarikat tersebut sudah mendaftar untuk GST dan boleh mengenakan GST.
Semak Menggunakan Nombor Pendaftaran Perniagaan
Klik pada butang “No. Pendaftaran Perniagaan” dan masukkan nombor dalam ruang yang disediakan, tanpa simbol.
Cari - No Pendaftaran
Jika ada padanan, ini bermakna syarikat tersebut sudah mendaftar untuk GST dan boleh mengenakan GST.
Semak Menggunakan Nombor GST
Apabila GST dilaksanakan nanti, semua invois yang dikeluarkan oleh syarikat yang berdaftar dengan GST mestilah mempunyai Nombor GST syarikat tersebut.
Untuk memastikan kesahihan nombor dan pendaftaran tersebut, kita boleh menyemak dengan memasukkan Nombor GST syarikat tersebut dalam carian:
Cari - No GST
Jika ada padanan, ini bermakna syarikat tersebut sudah mendaftar untuk GST dan boleh mengenakan GST. Pastikan nombor GST dan Nama Syarikat yang ditunjukkan adalah sepadan dengan invois yang dikeluarkan.

Bagaimana Jika Tiada Padanan?
Jika tiada padanan syarikat tersebut dalam sistem, ini bermakna syarikat tersebut tidak boleh mengenakan GST terhadap pelanggan. Sebagai pengguna, kita harus membuat aduan kepada pihak KPDNKK agar tindakan boleh diambil terhadap syarikat tersebut. Perlu diingat, GST hanya berkuatkuasa pada 1 April 2015, dan pihak Kastam sedang memproses pendaftaran syarikat-syarikat.
Jika anda seorang peniaga dan telah mendaftar tetapi maklumat syarikat anda tidak ada dalam sistem, sila hubungi Pejabat GST Kastam yang terdekat untuk mendapat penjelasan. Anda juga boleh menghubungi Pusat Pemprosesan GST di alamat berikut:
Pusat Pemprosesan GST
Jabatan Kastam Diraja Malaysia,
Kompleks Kastam WPKL,
22, Jalan SS 6/3 Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya.
Telefon: 03 7884 0856

No comments:

Post a Comment