Monday 30 March 2015

Siapakah Othman Wok Yang Di Gelar Pengkhianat Melayu Singapore ?


SIAPAKAH OTHMAN WOK YANG DI GELAR PENGKHIANAT MELAYU SINGAPURA?

Dalam sejarah negara, ramai terlupa tentang antara sebab Singapura ( Singapore) berjaya



dikeluarkan dari Malaysia. Salah seorang individu yang bertanggungjawab dalam pemisahan tersebut adalah Othman Wok. Bekas pengarang akhbar Berita Harian dan Utusan Melayu.

othman wok

Kerana kuasa politik orang Cinalah Singapura terpaksa dipisahkan dari Malaysia. Othman Wok lah yang paling banyak membantu mempengaruhi orang Melayu Singapura yang kemudiannya dijadikan menteri dalam kerajaan Lee Kuan Yew sebagai ganjaran.

UMNO tewas ke semua kerusi di Singapura. Peranan Othman Wok mirip Anwar Ibrahim mahupun Nik Aziz terus memperdayakan Melayu agar memberi undi kepada sekutu kuasa politik orang Cina.

Singapura wujud sehingga kini sebagai pengajaran kepada orang Melayu agar ia tidak berulang lagi. Namun sayang hanya sebilangan saja yang mahu mengambil pelajaran..Ini bukan soal rasuah dan kronisme. .. Ini soal mempertahankan legasi nenek moyang kita.

Pada awal 70 an, Lee Kuan Yew telah mencadangkan agar semua jenazah orang Islam Singapura dibakar kerana kawasan kuburan sangat terhad. Othman Wok yang juga Menteri mewakili orang Melayu membuktikan ketaatannya dengan menyokong pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga mencetuskan bantahan MUIS dan seluruh masyarakat Islam.

Sikap yang ditunjukkan Othman Wok saling tak tumpah dengan sebilangan pemimpin Melayu di Pakatan rakyat yang sentiasa akur dengan DAP sebagai kata pemutus muktamad. ADAKAH KITA MASIH LAGI BOLEH DIPERBODOHKAN DAN MENERIMA MELAYU SEPERTI OTHMAN WOK SEBAGAI PEMIMPIN KITA?

SIAPAKAH OTHMAN WOK?

Othman Wok ( b. 8 Oktober, 1924 , Singapura) adalah bekas Menteri Sosial dan Ahli Parlimen ( MP) yang mewakili Kawasan Pasir Panjang antara 1963 dan 1977. Beliau adalah seorang wartawan Melayu terkenal yang kemudiannya menjadi timbalan editor akhbar bahasa Melayu, Utusan Melayu. Beliau telah dianugerahkan Anugerah Tokoh Wartawan Dunia Melayu pada 2008 oleh Persatuan Bekas Wartawan Berita Harian ‘ yang ( Persatuan Bekas Wartawan Berita Harian Malaysia) sebagai mengiktiraf 20 tahun beliau sumbangan kepada kewartawanan Melayu. Beliau menyertai Parti Tindakan Rakyat ( PAP) pada tahun 1954, iaitu hanya beberapa hari selepas pembentukannya. Pada tahun 1963, beliau dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Pasir Panjang berikutan kemenangan dalam pilihan raya umum yang diadakan apabila Singapura menjadi sebahagian daripada Malaysia .



Pada tahun yang sama , Othman meletak jawatan dari kedudukannya di Utusan Melayu. Pada tahun-tahun penggabungan bergelora, beliau menerima ancaman, termasuk yang mengenai hidupnya, dari orang-orang Melayu yang memanggilnya pengkhianat kepada masyarakat Melayu apabila beliau menyokong pemisahan Singapura dari Malaysia. Beliau berkhidmat dalam Kabinet Singapura sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial 1963-1977 . Beliau juga dikenali kerana penglibatan beliau dalam Grand Prix Singapura , penubuhan Stadium Nasional , pelaksanaan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (AMLA) , Dana Pembinaan Masjid ( MBF ), dan pengurusan perkhidmatan haji oleh kementeriannya. Bapa kepada empat orang anak perempuan, Othman Wok telah menerbitkan pengalaman hidupnya di biografi beliau, Never in My Wildest Dreams (2000.

PENGKHIANAT MELAYU DAN ANTI RAJA-RAJA MELAYU

Beliau percaya pada hak samarata dan dasar multi-perkauman dan anti kepada raja-raja melayu (seperti apa yang PKR perjuangkan sekarang ini). Ketika itu beliau banyak membantu melalui penulisan mengenai penubuhan negara multi-perkauman dan hak samarata serta dasar anti raja-raja melayu di dalam akhbar “Petir” sebuah suratkhabar berbahasa melayu keluaran Parti PAP (sama seperti Harakah dan Suara Keadilan). Selepas itu beliau dipilih sebagai salah seorang ahli dewan editorial buletin Petir dan dalam masa yang sama juga seorang lagi pemimpin tertinggi PAP iaitu Ahmad Ibrahim menjemput dia untuk menjadi ketua cawangan PAP Geylang Serai / Tampines pada tahun 1959.



Othman Wok adalah seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew dan dia lah orangnya yang kerap kali menentang perlaksanaan Hak-hak Keistimewaan orang Melayu. Setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia mengatakan yang hak-hak keistimewaan orang melayu dan raja-raja melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku. Kononnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura. Beliau juga mendakwa rusuhan kaum yang terjadi pada Julai 1964 telah dirancang oleh UMNO dan Tunku lah dalangnya. Beliau amat gembira tentang berita pemisahan Singapura daripada Malaysia dan ada juga yang mengatakan yang beliaulah yang menulis skrip temuramah BBC dengan Kuan Yew sewaktu malam berpisahnya Singapura dari Malaysia, yang mana ketika itu kuan yew menangis tersedu-sedu kononnya terlalu sedih dengan terkeluarnya Singapura dari Malaysia, padahal itu semua skrip yang dikarang oleh Othman Wok hanya semata-mata untuk orang Melayu berasa simpati dengan Kuan Yew dan membenci Tunku.

PENULIS KISAH SERAM TERKENAL.

Selepas bersara daripada kerajaan, beliau dilantik sebagai Duta Ke Indonesia. Dan tidak lama selepas itu di lantik memegang jawatan dalam beberapa syarikat di Singapura. Di saat ini, beliau hanyalah salah seorang daripada penulis cerita seram paling popular di Singapura. Buah fikirannya langsung tidak bernilai. hanya buah fikiran untuk menjahanamkan bangsa sendiri sahaja yang di berikan penghargaan oleh pemerintah kaum Cina di Singapura. Pengkhianat si Kitol moden. Di penghujung hidupnya hanyalah sebagai penulis cerita seram yang menyeramkan. Selepas segala penat lelah usahanya menjahanamkan orang Melayu di Singapura hanya di balas dengan harga yang tak seberapa. Kasihan.



Moga tidak mati hina.

No comments:

Post a Comment