Monday, 30 March 2015
Luluh hati bapa, anak gadis ditangkap khalwat
ALOR SETAR – Luluh hati si bapa apabila menerima khabar anak perempuannya ditangkap khalwat di sebuah bilik di hotel bajet di Simpang Kuala, di sini.
Lebih mengecewakan, si anak berusia 23 tahun itu sanggup menipu ibu bapanya untuk keluar dari
kediaman mereka di Pendang semata-mata mahu menemui kekasih hatinya.
Tidak dapat menahan kekecewaan, si bapa mengutarakan ayat sama berulang kali, sekali gus mempamerkan rasa hampa mengenangkan sikap anaknya.
“Cakap lain, buat lain,” berulang kali ayat ini disebut si bapa selepas mengetahui anak perempuannya ditahan bersama seorang lelaki berusia 25 tahun kira-kira jam 1.03 pagi, kelmarin.
Ketika pintu bilik mereka diketuk, gadis berkenaan lengkap berpakaian namun, tidak bertudung membuka pintu manakala teman lelaki berada berdekatan motosikal yang dibawa masuk dalam bilik itu.
Sewaktu disoal, pasangan berkenaan memberikan alasan sudah bertunang dan menyewa bilik hotel bajet berkenaan hanya untuk 30 minit sahaja.
Namun, alasan itu tidak diterima anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) memandangkan mereka tiada hubungan sah, lapor Sinar Harian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment