Sunday, 20 April 2014

Krisis Air Selangor… Rakyat Jadi Mangsa Politik “Bodoh Sombong”


Krisis air yag berterusan di Selangor sebenarnya sudah sampai ke peringkat yang mendatangkan kebencian rakyat terhadap pentadbiran pakatan pembangkang. Tidak kira samada mereka penyokong pakatan ataupun Barisan Nasional, perasaan meluat tetap meluap kerana terpaksa menanggung kesusahan ekoran catuan air.



Namun sikap pakatan pembangkang yang cuba menyalahkan Barisan Nasional dalam isu air ini amat keterlaluan. Rakyat perlu tahu bahawa krisis air yang meruncing ini akibat daripada kedegilan dan sikap “bodoh sombong” pakatan pembangkang. Ini merupakan realiti.


Akibat dari sikap mahu “tunjuk kuasa” bahawa pakatan pembangkang berkuasa dan memerintah Selangor maka Kerajaan Pakatan Selangor telah menolak dengan berbagai alasan untuk melaksanakan projek Langat 2.

Projek Langat 2 adalah projek dari Kerajaan Persekutuan bagi membina Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2). Kapasiti air terawat sedia ada dan projek mitigasi yang telah diluluskan hanya dapat menampung permintaan sehingga 2016 sahaja.

Oleh itu penangguhan pembinaan komponen Langat 2 dan sistem agihan air yang sepatutnya dimulakan pada 2010 akan menyebabkan penambahan kapasiti air terawat bagi menampung kekurangan air pada 2014 tidak dapat dipenuhi.

Walaupun ia adalah pilihan terbaik dari segi kewangan, teknikal dan sosial bagi memastikan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat bekalan air yang mencukupi sehingga 2020 namun atas keegoaan melampau pakatan pembangkang mereka telah menentang habis-habisan projek untuk rakyat ini. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan memberi kelulusan .

Semasa kerajaan Selangor diperintah BN pada tahun 2000, mereka telah bersetuju dengan projek Langat 2. Namun apabila Selangor diperintah oleh pakatan pembangkang mereka tidak bersetuju dengan alasan bimbang kenaikan tarif air 70 % jika Langat 2 diteruskan. Kos RM8.65 bilion [4] diperlukan bagi projek Langat 2.

Oleh itu mereka memilih untuk membiarkan rakyat menderita dengan krisis air yang mengakibatkan catuan berterusan. Rakyat menderita. Kebersihan terabai dengan sendiri terutama bagi mereka yang berkeluarga besar.

Walaupun catuan dibuat setiap dua hari namun hakikatnya kebanyakkan kawasan seperti rumah pangsapuri terpaksa menghadapi catuan air sehingga empat ke lima hari. Dan yang lebih menyakitkan hati pula, air ada cuma untuk beberapa jam sahaja.

Dengan itu beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mendesak kerajaan negeri Se-langor segera membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengembalikan mandat rakyat ekoran kegagalan mereka menangani krisis air yang tenat.

Desakan ini ditujukan khas kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas dilihat gagal menguruskan krisis air di negeri itu.

Bermacam-macam masalah air timbul sejak kerajaan PKR memerintah Selangor. Mereka selalu sahaja membantah dan menentang kerjasama dalam menyelesaikan masalah air dengan Kerajaan Pusat.

Hakikatnya rakyat yang menanggung kesusahan. Oleh itu NGO-NGO ini mahu kerajaan pakatan pembangkang mengembalikan kuasa kepada rakyat atau memberi kerjasama kepada pihak yang ingin beri kerjasama untuk menangani masalah air.

Mereka muak dengan dolak-dalih dan bermacam-macam alasan yang tidak masuk akal pakatan pembangkang.
-- umno online

No comments:

Post a Comment